Wednesday, 3 August 2011

jadi nyer aku ari ni......

3 0g0s tarikh keramat bg aku.....tarikh nilah pertama kali aku melihat dunia dh menghirup udara.....mungkin secara tak sengaja atau sudah takdir Allah tarikh ini dikong si bersama pasangan kembar aidil dan zaquan...heheehehhe...nk glamour la tu....tp yg menariknya ia juga dikongsi bersama seorang rakan yg aku kenali sejak sekolah rendah sehingga kini iaitu affian atau jack sparrow name dia dlm fb....nk nama glamoue jer....
Dengan usia yg hampir nk menjengah 3rd siri ni...walaupu lambat lg tetapi aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku kesempatan diatas dunia ini dengan memberi umur yg panjang sehingga ke hari ini...esok xtau lah kan....ble aku pandang smula ke belakang kisah dan rentetan hidup aku....aku sendiri tak menyangka akan berada di tahap ini sekarang......
gelak ketawa yg selalu aku hamburkan tak menampakkan langsung detik2 hitam dn kisah suka duka sepanjang hidup aku....aku masih ingt lg satu ketika ibu pernah menggelarkan aku 'best joker' kerana sering melihat aku ketawa dn pastinya membuat org disekeliling aku turut gumbira....
apabila aku melihat keluarga ku, kawan2 disekililing turut gembira terdetik juga dlm benak aku mengapa aku harus mengenagkan kembali kisah2 sedih dlm riwayat hidup aku....??? sedangkan kegembiraan sentiasa terpancar dr raut wajah aku...walaupun dlm hati ini Allah saja yg mampu mengupasnya....
kisah aku dr kecil...hingga ke sekolah ...5 tahun dlm asrama yg mulanya aku anggap seperti penjara....tamat persekolahan aku tidak punyai kesempatan utk melanjutkan pengajian akibat masalah yg tidak dpt aku elakkan....melihat saja rakan2 aku menggulung ijazah aku tekad sekiranya aku xmampu aku akan pastikan satu2 nya kakak aku kan menggenggam sehelai kertas keras itu.....dari parkson grand sban....ke ocean siangnya dn mlm sambung ke shell paroi aku mengutip setiap pengalaman yang aku lalui sebagai pengajaran di hari muka.....
kini aku berbangga kerana walaupun aku xmampu nk menggenggam segulung ijazah tetapi kakak aku telah berjaya merealisasikan nya....sekurang2nya dlm beradik ku ada yg berjaya....
Sapelah aku 10 tahun yg dulu.....hanya seorang pemuda yg mempunya azam yg tinggi tetapi akal yg pendek.....tamat kerja di ocean kerana aku berjaya dioffer oleh pos malaysia dlm unit poslaju.....5tahun tempohnya aku menimba pengalaman bagaimana hendak menangani pelbagai karenag pelanggan...sesuatu yg amat brharga bg ku kerana pengalaman nya xde dijual dimana2 pasaraya atau pun kedai runcit...
bermulanya aku menapak dlm bidang ini adalah tahun 2008 sebagai tahun kick start aku dn 2009 menjadi tahun keramat menyaksikan bas yg aku idam2kan telah pun dilahirkan....nce 8181..no pendaftaran yg aku pilih utk bas aku....
2011...dh 2tahun setengah aku menjadi nakhoda syarikat radhyusuke ichigo ent....bermacam dugaan dtg membadai tp ku tempuhi jua walaupun kadang2 aku sendiri terduduk dn merenung ke masa depan.....
sungguhpun aku masih sendiri tanpa teman sehingga kini aku masih gembira ada mak dan kaklong di sisi aku....ada kwn2 seperti syahmi dn pekerja2 nya...ajuk....wan selenge...pochoi...dn sekarang bertambah ramai kekawan di fb yg terdiri dari rakan sekolah dan rakan2 yg same dlm bidang pengangkutan terutamanya bas...hahahaha...siap ader kelab iaitu LBS...Lagenda Budak Sekolah....berdepan dengan mereka dan pelbagai karenah pelanggan membuat kan aku lupa kisah2 sedih dlm hidup aku...terlalu bnyk dn memberi impak yg amat besar dalam hidup aku...xperlulah membuka pekung didada kerana setiap umat manusia itu mempunyai kisah mereka sendiri...klu hendak ditangis sudah kering segala air mata aku ini....malas lah nk nangis lg....
aku masih berharap agar satu hari nanti akan masih ada sinar dlm hidup aku dn keluarga aku....
kini selain dr rasa ingin besarkan perniagaan aku aku cuma ingin melihat senyuman sentiasa terukir di wajah omak aku dan kakak aku....biarlah mereka sentiasa gembira sementelah penat dengan liku2 hidup yg telah dilaui....aku akan cuba sentiasa memastikan segala kesedihan tidak sekali2 melintas dn singgah dlm kehidupan dua org yang amat penting dlm hidup aku....
tahun ini juga aku telah berkawan dengan seorang gadis yg amat istimewa lah kot sbb asal nya terlalu jauh...mexico...harman hudson namanya...walaupun hanya kenal secara dlm talian...fb la tu...tp aku senang berkawan dengan dia...aku juga berharap agar satu hari nanti dptlah kiranya bertemu dengan nya....ceh mcm ayat filem hang tuah plak.....
tetapi apa yg pasti kisah hidup aku belum berakhir disini kerana aku masih perlu berjuang untuk menenpuh segala dugaan yg akan dtg menjengah dlm hidup aku....aku betul2 lega sbb dpt luah kan segala perasaan aku dlm blog ni sehingga mampu menaip lebih 1000 patah perkataan hahaahhaha...masaklah korang yg sudi membaca nyer...


radhi ichigo

No comments: